1. Tentukan tema dan ke syarikat mana yang kita mahu menghantar karya.
Lebih elok, hubungi syarikat penerbitan tersebut dan tanya keperluan mereka (cara menghantar karya). Boleh hubungi melalui panggilan telefon mahupun e-emel.
- Kenapa?
Syarikat penerbitan berbeza menggunakan konsep kerja berbeza. Memahami prinsip kerja mereka akan memudahkan kita merancang manuskrip kita.
Contoh:
1. Alaf 21
- biasanya menerima secara pos manuskrip yang sudah siap - ketebalan antara 400-500 double spacing TNR 12. Sertakan maklumat diri - pihak editor akan hubungi sekiranya manuskrip diterima ataupun dipertimbangkan untuk diterbitkan.
2. PTS Publications
- penulis digalakkan menghantar proposal; sinopsis lengkap dan contoh olahan beberapa bab untuk penilaian melalui e-mel. Sekiranya dirasakan bersesuaian, barulah diminta menulis manuskrip penuh.
Jadi kesimpulannya - adalah lebih elok tentukan dari awal target penerbit yang kita berharap akan menerbitkan karya kita dan fahami kehendak mereka.
7 comments:
wah..tips berguna!
sy da lama teringin nak tls novel, tp slalu x abes sbb idea x kesampaian...hehe
setakat tls cerpen tu leh laa..;)
Kalau nak hantar cerpen pun blh. Hantar ke majalah-majalah seperti mingguan wanita, dara.com dan sebagainya. Biasanya akan diberi bayaran apabila disiarkan. Bayaran bergantung kepada rate setiap majalah rasanya.
p/s: Hak terbitan adalah pada hari/bulan (kalau majalah bulanan) siaran cerpen itu sahaja. Hak cipta karya kekal milik penulis.
tapi kalau takde feedback pas dah bagi manuskrip penuh cmne?
Beberapa hari selepas pos/e-mel, boleh telefon tanya adakah sudah diterima ataupun belum. Tanyakan juga jangkamasa yang diperlukan untuk penilaian. Selepas tempoh penilaian tamat, tunggu beberapa hari, sekiranya masih tidak ada respons, boleh telefon/e-mel tanya semula.
1. Editor tidak suka penulis yang terlalu kerap bertanya.
2. Kadangkala editor lupa sebab banyak manuskrip masuk.
- Jadi, bergantung kepada teknik komunikasi berkesan. :P
p/s: rasa macam awak ada hantar manuskrip je... dan saya tak respons. Mati aku! Hahahah! I'll get back to u ok. Dush!
Terima kasih Kak. Saya memang dah lama nak tulis novel.
Ahmad.
Wah.. berguna sungguh ni
me memang suke nak tulis novel @ cerpen.. Thanks!
kak, kalau nak hantar cerpen ke majalah... perlu ada surat iringan ke? perlu ke tak sertakan no. akaun bank?
Post a Comment