Monday, July 20, 2009

Sinopsis Mencari Cinta

Ini saya copy paste daripada laman web Alaf 21 atas permintaan seseorang Kepada yang belum pernah baca, sila-silalah... :P


Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.
Harga : RM 15.00
Halaman :400
ISBN : 983-124-170-3

7 comments:

Isandra said...

saya cari novel tu merata-rata tapi tak jumpa. huhu
:(

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Nak beli daripada saya? :P
Kalau berminat boleh e-mel saya. - leeya.myra@yahoo.com

Ataupun beli secara pos daripada Alaf 21.

syuhada said...

novel yang dh keberapa kali sye baca sbb best sgt sgt.
dn dkt dgn diri..

bleuelle said...

Tersangat best, even membaca "Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?" sudah boleh mencuit hati

eiza88 said...

salam... saya berminat untuk membeli novel mencari cinta.. tetapi tak dijumpai dimana2 kedai buku stlh thun itu...

myraEdora said...

gler suke ngn novel nie,,,hu3,,
best sgt2,,dh byk kali bc pn stil nk bc g,,,

skyra said...

sy pertama kali baca novel ni dari sorng sahabat..tp disebabkan sy kerap sgt pinjam,dia hadiahkan novel mencari cinta ni kat sy..syok sgt2 jalan cerita dia..mengingatkan sy pd kenangan zaman persekolahan di SBP gak..mcm aneessa ngan ilham...tapi hrp2 sy tak sekejam annessa.amin...