Friday, January 30, 2009

Sila dapatkan di pasaran!

Kawan baik saya sudah muncul dengan karya kedua bersama Alaf 21. Ya, untuk yang tak tahu, Umi Azrini adalah kawan baik saya.
Err... bukan kerana kami sama-sama menulis dengan Alaf 21. Kami kenal jauh lebih lama sebelum itu. Kami belajar sama-sama, gaduh, happy, sedih dan macam-macam.
Kebetulan kami berkongsi minat yang sama jadi kami bersaing secara sihat. Hehehe...






“Lompat pagar sekolah lagi! Boleh dapat pangkat pertama SPM? Iya ke ni? Bukankah dia selalu ponteng? Hah? Pelajar terbaik ALAM? Biar betul? Masuk surat khabar? Takkanlah kut!”

Itulah ekspresi saya dahulu. Namun itulah cerita seorang Kapten Ahmad Nazulan. Kisah kenakalannya dan minatnya pada laut hingga sanggup menjadi nelayan sedang dia di ambang SPM menjadi inspirasi saya dalam novel HORIZON CINTA.


Untuk HORIZON CINTA ini, saya cuba bereksperimentasi dengan dunia pelayaran seorang pegawai navigasi. Kisah jalinan persahabatan yang meniti ke alam percintaan. Kisahnya dilakar di atas sebuah kapal LNG.
Selamat melayari HORIZON CINTA bersama Zariz dan Zara...

Colors in the horizon turn so lovely and bright,

The night will fall making the world so dark,

The moon angel shower me with its gentle light,

To the ship I sail and the brave mighty knight!


dipetik dari laman web alaf21...
(itu kata Umi Azrini, err.. saya pula cedok dari sini )

No comments: