Monday, January 19, 2009

Penulis yang malas!

Editor kegemaran saya sangat memahami kerenah penulis yang suam-suam kuku ini. Masalah saya yang utama adalah saya PEMALAS!
Ya, apabila menulis, saya jarang berjaya tulis tebal. Sebab prinsip saya, buat apa tulis tebal-tebal kalau nanti banyak yang dipotong? Ataupun cerita yang sedia ada boring dan meleret menjadi semakin meleret-leret. Betul tak? Hehehe...
Tapi sebenarnya, saya bukan setakat malas tulis panjang-panjang, daripada scene ke scene pun saya selalu nak ringkas-ringkaskan. Malas nak fikir. Maka, terjadilah apa yang terjadi pada hujung minggu lalu.
Puan Editor menandakan di beberapa tempat yang bertukar scene, (banyak sebenarnya), yang mana saya perlu buat penambahan. Sebenarnya setiap penambahan lebih kurang 3,4 ayat saja. Dan tak sepatutnya berlaku kalau dari awal saya dikurniakan sikap rajin untuk menulisnya dengan proper, kan?

Note dia kepada saya; cepatnya melompat, tambah!, malaslah you ni and bla...bla... Hehehe... Oh, dia memang faham saya.

Jadi kesimpulannya, sikap pemalas saya membuatkan saya buat kerja dua kali. Saya mula buat pembetulan lebih kurang pukul 3 petang hingga 1.30 pagi. Dan esoknya sambung lagi beberapa jam. Padan muka saya! :P

Untuk editor yang 'tak beri peluang saya malas :p', terima kasih banyak-banyak kerana sesungguhnya 'ketegasan' itu membantu saya. :)

Selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat belajar bagi yang belajar, dan selamat untuk apa-apa sahaja yang dilakukan. :)

p/s: Susahnya nak mencari tajuk yang sesuai. Saya bekerja dalam bidang ini. Selalu saya perlu come out dengan tajuk yang catchy dan bos kata; boleh jual. Tapi, bila kena fikir tajuk untuk karya sendiri, saya sesungguhnya tidak berjaya memaksa otak mengeluarkan tajuk yang catchy dan boleh jual. Huhu....

4 comments:

Eka Fahara said...

My dear Leeya,
Kak eka dah tinggalkan jejak di sini sebagai semangat agar you lebih 'RAJIN'.hehehehehe muah!muah!muah!
Ampun....link kan your blog tanpa izin. Jangan lupa add chat box!Senang nak gosip!
Oh! ya..dapat buku free tak ni? hahahahahahah

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Hai Kak Eka,

Thanks sudi singgah. Buku free? Hehe.. You'll get one but for sure not from me. Buat apa nak beri yang sama kan? :P Hehehe....

Lynn Dayana said...

Salam Leeya...
Thanks for ur kind words. Happy writting! Semoga karya ke3...laju meluncur!

Lynn Dayana said...

eh...nak tambah. Rindu itu bila wajah dia aje yang kita bayangkan. Bila mahu selalu mendengar suaranya. Bila tidak boleh melupakan gelak tawanya. Bila rasa diri tidak complete tanpa dia. Mhmmm....