Friday, January 16, 2009

Rindu itu bagaimana ya?

Kata Timah, "Saya rindulah dia."
"Awak tak ada kenangan pun dengan dia, itu bukan rindu. Itu cuma ingatan. Awak terfikirkan dia. Tanpa kenangan manis, macam mana nak ada rindu?" komen Leman selamba.
Hati Timah berdetik, jadi apa yang aku rasa ini bukan rindu? Terasa seperti ada kaca yang terhempas dalam hati Timah.

Rindu itu sebenarnya perasaan yang macam mana?

Sebagai perempuan, saya akan kata, apabila wajah seseorang muncul dalam fikiran saya, dan hati saya terasa ingin sangat berada dekat dengannya. Ataupun, hati saya pedih apabila terkenang namanya.
Ceh, poyo!

Sebagai penulis, saya akan kata, rindu itu perasaan dalam hati Iman apabila terkenang Pakcik dan Amin.
Err... siapa Iman, Pakcik dan Amin?

Hehe... walaupun saat saya menaip entri ini dengan bersungguh-sungguh, tak ada siapa pun akan baca, sebab blog ini saya belum uar-uarkan, tetapi saya tetap nak promote novel saya. Hehe.... Kalau tak keluar malu je. :P

Temanya rindu dan dendam. Antara rindu dan kebencian, Iman perlu memilih. Apa pilihan Iman? Err... nanti bila buku dah ada di pasaran, sila beli dan baca. Terima kasih. :)

7 comments:

Patik Tengku Putera said...

blog baru ke ni? All d best....

huzairiyah hussin said...

cik leeya myra,

cik mazura sudah membuat pemberitahuan tentang kesalahan nama. ini semua akibat kita telah tersalah anggap bahawa AIZAM adalah nama yang sudah diterbalikkan dari nama sebenar, tetapi rupanya salah. kesilapan adalah amat dikesali.

note: masih jua belum memulangkan buku. adakah saya alpa?

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

hehe... tekaan itu 83% tepat sebenarnya. :P .

Saudara Tengku dan Puan Huzairiyah akan menerima novel terbaru saya tapi lambat lagi ye (saya pun tak tahu bile terbit), kerana saya sudah mention akan beri 5 novel percuma kepada 5 penulis komen terawal. :)

LiLacFlA said...

salam.. hehe patutlah lama saya x nampak novel leeya meera di rak2 buku kedai sana. saya antara yang terawalkah?

hajime said...

salam.. hye myra.. before this, sy ada emel awk regarding ur first novel..hehe.. tx sb bgtaw blog nh.. btw, i already have both of ur novel. n u know what, ur 1st novel act ada sangkut paut ngn life saya.. cume ending r xsama.. apapun, good luck yek.. moga dpt hasilkn novel yg best2 lg.. hee... - hajime

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Hai Lilacfia dan Hajime,

Terima kasih sudi jengah blog saya. Awak berdua juga akan terima buku ketiga dengan tandatangan khas (hahaha-like u care huh :P), yang akan saya pos. Saya akan hubungi semua (melalui blog ini); apabila buku saya lahir nanti. Sekarang masih dalam proses editing. Insya-Allah, ada rezeki, saya tunaikan janji. Doakan ye. :)

Masih ada satu tempat kosong. :)

hajime said...

salam.. hehe.. nice.. dpt novel free... hehe... u can contact me tru my blog : http://sha-shou.blogspot.com ...
jgn malas2 yek.. hehe