Cita-cita saya melangit. Saya mahu menjadi penulis yang dikenali karyanya tetapi identitinya tidak dicari. Tidak diketahui. Biar karya saya yang menjadi perantara antara saya dan pembaca.
Namun, nampaknya cita-cita itu tidak seiring dengan cita-cita yang satu lagi.
Err... cita-cita yang mana? Hehehe... membuat duit dengan menulis! :P
Memang saya bermula kerana minat, tetapi apabila saya memilih menulis sebagai kerjaya, saya perlu memikirkan teknik pemasaran yang berkesan. :P
Jadi, saya memilih untuk mempopularkan diri sendiri. Hahaha! :P
Kepada semua yang pernah e-mel, yang tagged saya, yang invite saya menyertai Friendster, Myspace, Hi5 dan segala macam cara komunikasi terkini, cuma ini yang saya mampu berikan buat masa ini. Di sini saya akan bercerita tentang angan-angan dan harapan. Cita-cita dan impian seorang aku. :)
Selamat berkenalan semua pembaca budiman. :)
No comments:
Post a Comment