Showing posts with label Mencari Cinta. Show all posts
Showing posts with label Mencari Cinta. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Sinopsis Mencari Cinta

Ini saya copy paste daripada laman web Alaf 21 atas permintaan seseorang Kepada yang belum pernah baca, sila-silalah... :P


Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.
Harga : RM 15.00
Halaman :400
ISBN : 983-124-170-3

Wednesday, January 28, 2009

Patutkah Mencari Cinta Disambung?

Happy Chinese New Year! :)

Mencari Cinta (MC) diterbitkan pada September 2004. Saya menerima banyak e-mel, dan ramai yang minta disambung kisah Ann, Faris dan Ilham. Saya tidak menulis sambungannya kerana tiada idea. Tak tahu nak tulis apa. Jadi, saya biarkan sahaja Ann dan Faris.
Sekarang, 4 tahun sudah berlalu, e-mel yang saya terima berkenaan MC sudah jauh berkurang. Tetapi masih ada yang bertanya sama ada kisah ini ada sambungannya ataupun tak. Masih ada yang minta saya tulis sambungan.
Hmm... terus terang, saya teruja. Mungkin saya patut sambung sebab at least ada yang akan membacanya. :P
Tapi... err... macam mana kalau sambungannya menyedihkan? Adakah saya akan dimarah? :P
Dan sebetulnya, saya masih tidak tahu cerita yang macam mana yang patut saya tulis sebagai sambungan. Err....

Jadi, pembaca budiman, apa kata survey? :P